Tentang Kami


Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk yang berasaskan  100% herba  semulajadi.  Resepinya  telah diformulasi  dan digunakan turun temurun sejak 40 tahun lalu dari zaman nenek moyang kita lagi sebagai PERANCANG KELUARGA  yang berkesan.  Pengambilan MAB merupakan kaedah yang paling selamat untuk kesihatan jangkamasa panjang dan tidak mengganggu sistem tubuh kerana ianya BEBAS dari sebarang bahan kimia merbahaya dan cara pembuatannya yang halal lagi suci.

MAB bukan sekadar untuk merancang keluarga malah herba herba yang terkandung di dalamnya mampu berfungsi bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan luaran wanita secara menyeluruh. Ianya dihasilkan khas untuk memberikan penjagaan dalaman dan keseluruhan tubuh wanita secara total.

MAB adalah anugerah istimewa  khazanah hasil bumi khusus buat wanita yang mementingkan kesihatan, kecantikan dan penampilan yang lebih ANGGUN dan AWET MUDA.

MAB telah digunakan oleh lebih 50 ribu wanita di Malaysia termasuk Sabah  dan Sarawak, Singapura dan Brunei untuk membantu mereka Merancang/Menjarakkan kehamilan dan Mengekalkan kesihatan dalaman mereka sekaligus.

MAB telah berada dipasaran dan dijual secara online lebih 12 tahun dan hari ini telah mencapai angka jualan sehingga 50 ribu botol sebulan, dan dijangka akan terus meningkat.

Selama 12 tahun ini MAB yang berada di pasaran adalah merupakan MAB klasik, yang mana ianya berbentuk maajun bulat kehitaman. Namun pada September 2016, ZAI Permai Resources telah mengeluarkan MAB Tablet.

Fungsi dan khasiat MAB Tablet adalah sama seperti MAB klasik, namun MAB Tablet diformulasi dengan beberapa bahan tambahan bagi memberikan kesedapan  agar pengambilannya menjadi lebih mudah bagi generasi masa kini.

MAB Tablet dihasilkan dengan teknologi tinggi oleh kilang bertaraf GMP dan HACCP.  Teknologi yang digunakan adalah dengan mengekstrak nutrisi dari herba herba terpilih agar Nutrisi dari herba ini dapat dipelihara pada tahap paling maksimum.

Kilang ini dipantau oleh KKM dan JAKIM.  Penghasilan MAB Tablet mengambil kira aspek Kebersihan, HALAL dan TOYYIB. Semasa pembungkusan, ianya terpelihara dari pencemaran mikro organisma, InsyaAllah.

MAB Klasik sendiri telah melalui beberapa Ujian Makmal di beberapa badan Universiti  Terkemuka seperti UTM dan USM. Ianya telah disahkan bebas Merkuri, Sterioid dan racun berjadual.

Manakala MAB Tablet merupakan produk Food Drug Interphase (Produk Interfasa Makanan-Ubat). Produk FDI adalah berkonsepkan gabungan makanan dan herba. Pihak KKM telah membuat Pengkelasan Produk terhadap MAB Tablet sebagai Produk FDI BUKAN UBAT. Dengan itu MAB Tablet tidak dikawal dibawah kawalan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM. Oleh yang demikian ia tidak perlu didaftar seperti seperti mana produk UBAT dan FDI UBAT dengan pengenalan nombor MAL pada label produk . Untuk memudah rujukan mengenali MAB Tablet sebagai Produk FDI BUKAN UBAT adalah dengan menyemak nombor rujukan Pengkelasan Produk 170616/05/120, di Biro Pemantauan Farmasi Kebangsaan (BPFK) , Kementerian Kesihatan Malaysia.