Posted on

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN MERANCANG KAEDAH BILATERAL TUBAL LIGATION (BTL) – MENGIKAT PERANAKAN SECARA KEKAL??

Bilateral Tubal Ligation (BTL) ialah proses merancang keluarga dengan mengikat kekal peranakan. Melaui kaedah ini  saluran tiub fallopian pada wanita diikat bertujuan menyekat telur/ovum daripada ovari turun ke uterus (rahim). Dengan itu, percantuman antara sperma lelaki dan telur wanita tidak akan berlaku, lantas menghalang kehamilan. Ia adalah kaedah perancangan keluarga yang bersifat kekal.

MERANCANG KELUAR KEKAL BILATERAL TUBAL LIGATION (Btl)

Dari segi hukum agama Islam kaedah ini di mendapat khilaf. Bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan jika hamil boleh membawa kemudharatan ianya diharuskan. Jika wanita yang tiada apa-apa masalah kesihatan, jika merancang kaedah ini hukumnya haram. Mengikut Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Januari 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya haram. Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1981 telah membuat fatwa bahawa kaedah pemandulan secara kekal adalah haram. Tetapi pemandulan kekal harus atas faktor ancaman nyawa bila terus hamil.

BTL – IKAT PERANAKAN SECARA KEKAL

Kebiasaannya doktor akan mencadangkan BTL kepada ibu yang telah banyak kali menjalani pembedahan. Biasanya wanita yang bersalin secara pembedahan lebih dari 4 kali digalakkan membuat BTL. Disamping itu Doktor juga turut mencadangkan BTL kepada pesakit kronik yang tidak digalakkan hamil, seperti pesakit jantung atau yang mengalami masalah rahim.

Pemerhatian sekian lama, wanita yang mengamalkan MAB sejak dari mula biasanya tidak mengalami masalah bersalin. Kebanyakan apabila berhenti mengambil MAB akan mudah hamil. Melahirkan bayi pula tidak berlaku kesukaran sehingga terpaksa melakukan pembedahan. Kemungkinan kesan pengambilah herba yang sihat menjadikan mereka dapat melahirkan bayi dengan mudah dan normal. Inilah kebaikkan yang dimiliki oleh pengamal MAB.

Kesan yang tidak baik kaedah BTL adalah akan mengganggu masalah tidak kehadiran haid, masalah kekeringan apabila mengadakan hubungan kelamin kerana tiada lendir yang dikeluarkan. Rasa tiada keinginan syahwat juga akan berlaku. Ini akan menimbulkan masalah dalam rumah tangga dari segi hubungan seks suami isteri.

Kini dengan MAB, masalah tersebut dapat di atasi. Tidak perlu lagi mengikat peranakan secara kekal yang menyalahi hukum dari segi agama Islam. Disamping itu kesan BTL banyak memberi kesan yang tidak baik berkaitan kitaran haid wanita dan boleh membawa hubungan yang tidak mesra suami isteri akibat tidak ada kenikmatan dalam hubungan seks.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *