Posted on

FASA-FASA RAWATAN MAB

FASA -FASA RAWATAN MAB

Apabila seseorang wanita itu mengambil MAB, ia akan melalui fasa-fasa rawatan tertentu. Bagi wanita yang banyak mengalami masalah kesihatan, ia akan mengalami banyak tindak balas untuk membetulkan semula sistem badan yang bermasalah. 3 fasa yang mereka akan lalui seperti berikut;

  1. Fasa Detox
  2. Fasa Merawat
  3. Fasa Mencegah

FASA DETOX

Pada peringkat awal mengambil MAB, herba-herba dari MAB akan mula membuat rawatan untuk mencuci dan membuang segala toksin, mengeluarkan darah kotor, keluarkan sisa-sisa haid yang tidak keluar habis di dalam rahim dan merawat keputihan. Simptom-simptom detokfikasi akan berlaku. Selalunya MAB mengambil masa sehingga 4 ke 6 botol untuk serasi dan mengikut tahap kesihatan tubuh. Setiap orang berbeza-beza bergantung pada:

  • sejarah pemakanan
  • pil perancang
  • suntikan injection iucd

Symptom-symptom yang akan berlaku seperti:

  • period tidak menentu
  • period berterusan yang lama dan banyak
  • pening
  • berangin
  • rasa berdenyut payudara
  • rasa mengantuk
  • kerap buang air kecil
  • sakit pinggang
  • akit pada ari-ari

Apabila tanda-tanda ini berlaku merupakan HEALING CRISIS yang normal, tidak lama dan ditahap ringan. Pengambilan AIR SUAM yang banyak amat penting pada peringkat ini bagi membantu mempercepatkan proses “detox” dan   HEALING CRISIS ini.

FASA MERAWAT

Ketika proses mencuci dan menyahtoksin berlaku, herba-herba hebat MAB akan merawat bahagian dalaman wanita agar kembali kepada keadaan asal yang optima. Pada fasa ini, MAB membantu:

  • lancarkan peredaran darah
  •  kembalikan daya kemut vagina
  • merawat luka-luka dalaman bagi yang lepas bersalin.

Yang bagusnya lagi, MAB berupaya menjadi penyembuh apa jua penyakit ringan disebabkan ada gen-gen ramuan pemulihan seperti kunyit, madu dan habatussauda.

FASA MENCEGAH

Setelah dalaman wanita berada di tahap yang sihat dan terbaik, MAB akan berterusan membekalkan khasiat-khasiat yang penting bagi badan supaya dalaman anda sentiasa berada di tahap yang terbaik dan dapat membantu mencegah berlakunya penyakit-penyakit yang berisiko. Adalah penting untuk

  • terus amalkan MAB
  • ikut aturan makan MAB yang betul
  • jaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat

Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil produk-produk lain yang berasaskan herba terutamanya jika makan MAB sebagai family planning kerana ianya boleh mengganggu kitaran period. Bila period terganggu bererti waktu subur juga terganggu berseterusnya herba lain akan mendetox kandungan MAB dan tidak dapat bertindak sebagai perancang keluarga yang berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *