maajun-anggun-bistari

Cara Pengambilan

 


Cara Asas Pengambilan MAB

Cara mula pengambilan MAB adalah berbeza beza mengikut keadaan individu seperti berikut:

 

Kes 1: Bagi yang lepas bersalin ( Secara Pembedahan atau Normal)

Mula makan pada hari ke 44 Pantang.

Mengapa hari ke 44, kerana pada ketika ini rahim telah kecut. MAB tidak berfungsi untuk mengecutkan rahim sepenuhnya, jadi masa berpantang bolehlah diamalkan Jamu jamu khusus bagi yang lepas bersalin, namun hari ke 44 tu hendaklah dihentikan pengambilan Jamu lain jika mahu mengambil MAB.

 

 

Kes 2 : Bagi yang sudah habis  Berpantang, belom “bersama” suami dan belom period.

 Boleh terus mula makan MAB selagi belom “bersama dan belum period.

 

 

Kes 3: Sudah habis Berpantang, belom “bersama” suami TETAPI sudah period

Mula Makan MAB pada hari ke 3/4/5 masa period.

Jika waktu period sudah berlalu maka TUNGGU period akan datang untuk mulakan pengambilan MAB

 

 

Kes 4: Sudah habis Berpantang, Sudah “Bersama” Suami TETAPI belum Period

Tunggu dalam tempoh sebulan atau lebih, ( dari tarikh akhir “bersama”), buat UPT Test dahulu. Jika sah tidak hamil, boleh terus mula makan MAB, tidak perlu tunggu period.

 

 

Kes 5: Bagi yang Merancang sendiri dan berperiod setiap bulan

Mula makan MAB pada hari ke 3/4/5 masa period

 

 

Kes 6: Bagi yang Merancang sendiri dan Period tidak normal dan tidak teratur/tidak period

Tunggu dalam tempoh sebulan atau lebih, ( dari tarikh akhir “bersama”),  buat UPT Test dahulu. Jika sah tidak hamil, boleh terus mula makan MAB, tidak perlu tunggu period.

 

 

Kes 7: Bagi yang mengambil Pil perancang

Habiskan pil perancang tersebut dan teruskan rehat (jika ada) dan mula makan MAB pada hari yang sepatutnya sambung makan pil perancang peket yang baru

Boleh makan MAB bersama Pil Perancang, namun hendaklah dijarakkan sekurang nya 2 jam atau boleh sahaja berhenti pil perancang, hanya makan MAB sahaja, ianya sudah memadai untuk merancang keluarga.

 

 

Kes 8: Bagi yang merancang menggunakan IUD/Implant/Sudah Ikat Rahim

  1. Kes belom expired, dan berperiod setiap bulan: Mulakan pada hari ke 3/4/5 masa period
  2. Bagi yang tidak berperiod, boleh terus mula makan MAB

 

 

Kes 9: Bagi yang merancang menggunakan injection depo.

  1. Kes belom/ baru expired dan belum “bersama” suami lagi, dan berperiod setiap bulan: Mulakan pada hari ke 3/4/5 masa period
  2. Bagi yang tidak berperiod, boleh terus mula makan MAB

Injection akan datang boleh saja diteruskan atau boleh sahaja tidak mengambil injection seterusnya, hanya amalkan MAB sudah mencukupi.

 

 

Kes 10:  Kes yang baru keguguran 

  1. Untuk kes keguguran kandungan bawah 16 minggu ke bawah

Boleh makan MAB selepas seminggu atau selepas cuci rahim jika ada buat.

 

2.  Bagi kes keguguran 5 bulan ke atas :

Mula makan MAB pada hari ke 44 pantang seperti kes lepas bersalin.

 

Kes 11: Untuk Ikhtiar Hamil

  1. Berperiod setiap bulan: Mulakan pada hari ke 3/4/5 masa period
  2. Tunggu dalam tempoh sebulan atau lebih, ( dari tarikh akhir “bersama”), buat UPT Test dahulu. Jika sah tidak hamil, boleh terus mula makan MAB, tidak perlu tunggu period.

 Dalam Kes untuk mendapatkan zuriat:

 MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol)

  • 3 bulan yang pertama, MAB bertindak untuk merawat Rahim
  • 3 bulan yang kedua, MAB akan bertindak untuk menyuburkan
  • Setelah 6 bulan, Period insyaAllah akan teratur, maka boleh hentikan terus pengambilan MAB dan cuba untuk hamil. Sekiranya period belum teratur, teruskan pengambilan MAB sehingga period benar benar teratur.
  • InsyaAllah, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan teruskan berusaha.

 


[huge_it_slider id=”1″]