maajun-anggun-bistari

Simptom Tindakbalas

Buat anda yang baru mengambil MAB, berikut disenaraikan antara tindak balas proses rawatan MAB:
(hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom-simptom ini)


Period menjadi lintang pukang

  1. Period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari.
  2. Ada juga kes yang period datang 4 hari, kemudian berhenti 2 hari, kemudian datang semula. Pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan dan darah tersebut dikeluarkan melalui period.

Rasa Mengantuk

  1. Selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi.
  2. Pada yang ambil malam, tentu tidak perasan simptom ini kerana selepas makan MAB, memang nak tidur.

Kerap kencing/buang air besar/kentut

  1. MAB tengah buat kerja buang angin dan toksin.

Pening kepala

  1. Adakalanya boleh membawa sampai demam.
    **MAB ni agak panas, jadi disarankan banyakkan minum air masak.

Rasa berdenyut pada payu dara

  1. Ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam.
  2. Situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period. Begitulah juga dengan MAB. Bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita.
  3. Salah satu fungsi MAB adalah menegangkan payudara. Jadi denyutan tu bermakna payu dara semakin menegang! Mengancam la lepas ni…

APAPUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA
Tempohnya bergantung pada HORMON, tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing. Oleh itu, diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini. Setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan.