maajun-anggun-bistari

Soalan Lazim


Soalan 1: Adakah MAB ini mendapat kelulusan KKM?

Jawapan 1: MAB Klasik adalah sedian tradisional. HOME MADE sepenuhnya. Maka oleh sebab itu MAB tidak dapat memohon KKM kerana salah satu syarat adalah keperluan kilang GMP.

Namun ZPR ada mengeluarkan MAB TABLET.  Fungsi dan khasiat MAB Tablet adalah sama seperti MAB klasik, namun MAB Tablet diformulasi dengan beberapa bahan tambahan bagi memberikan kesedapan  agar pengambilan nya menjadi lebih mudah bagi generasi masa kini.

MAB Tablet dihasilkan dengan teknologi tinggi oleh kilang bertaraf GMP dan HACCP.  Teknologi yang digunakan adalah dengan mengekstrak nutrisi dari herba herba terpilih agar Nutrisi dari herba ini dapat dipelihara pada tahap paling maksimum.

Kilang ini dipantau oleh KKM dan JAKIM.  Penghasilan MAB Tablet mengambil kira aspek Kebersihan, HALAL dan TOYYIB. Semasa pembungkusan, ianya terpelihara dari pencemaran mikro organisma, InsyaAllah.

MAB Klasik sendiri telah melalui beberapa Ujian Makmal di beberapa badan Universiti  Terkemuka seperti UTM dan USM. Ianya telah disahkan bebas Merkuri, Sterioid dan racun berjadual.

Manakala MAB Tablet telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan No. Siri Pendaftaran KKM 170616/05/120.

 


Soalan 2: Adakah wanita belum berumahtangga boleh mengambil MAB?

Jawapan 2: Ya boleh. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berkahwin dan golongan tua yang telah monopause.

 


Soalan 3: Bilakah waktu yang sesuai untuk makan MAB, siang atau malam?

Jawapan 3: Terpulang pada individu. Akan tetapi ada ramai pengamal MAB yang akan berasa mengantuk selepas makan MAB, jadi makan pada waktu malam tidak akan menganggu aktiviti seharian, sebab lepas makan boleh tidur jika makan waktu malam.

 


Soalan 4: Makan MAB selepas makan atau sebelum makan?

Jawapan 4: Kedua-duanya boleh. Sebelum atau selepas makan tiada masalah. Tapi sebaiknya selepas makan sekiranya ada gastrik.

 


Soalan 5 : Kenapa MAB tak boleh campur dengan herba yang lain?

Jawapan 5: Ya! pengamal MAB tidak dibenarkan mengambil sebarang produk jamu/herba lain.. Terutama kepada yang mengambil MAB sebagai perancang. (menjarakkan kehamilan)

Ini kerana campuran produk herba lain akan MENGUBAH SUHU yang MAB telah setkan pada Rahim untuk elak benih daripada bercantum. (rujuk bagaimana MAB bertindak sebagai family planning secara saintifik).

Dos yang terkandung dalam MAB dah cukup sesuai untuk tujuan “deactivate” benih dari bercantum, jadi sekiranya anda tambahkan dos herba/jamu lain…maka MAB akan jadi keliru dan fungsi untuk mengawal suhu rahim akan GAGAL

 


Soalan 6: Sekejap kata MAB untuk family planning, sekejap cakap untuk ikhtiar hamil. Mana satu ni?

Jawapan 6: MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian  yang akan berlaku proses rawatan adalah bahagian peranakan, mencairkan lemak/kolesterol dan toksin dalam darah.

Apa yang MAB lakukan adalah mencairkan darah haid lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh haid/keguguran atau berpantang bagi yang bersalin. Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat, darah yang keluar bergantung kepada tahap kesihatan masing masing.

Sekiranya anda sudah lama tidak datang haid/haid pendek maknanya banyaklah darah kotor yang tersimpan dalam peranakan tersebut.

Pada peringkat awal pemakanan MAB anda akan didatangi haid yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan itu sehingga bersih dan sihat. Setelah selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dan kebahagian bersama MAB, InsyaAllah…

Apabila peranakan sudah sihat dan sedia, maka si pengamal hendaklah stop amalkan MAB terus dan cuba untuk hamil…Inilah masa nya bagi mencuba untuk hamil..

Insya Allah…telah ramai yang berjaya dan berbahagia dengan kehadiran cahaya mata dengan TAWAKKAL kepada Allah dan dengan ikhtiar MAB.

Berbeza dengan yang mengamalkan MAB sebagai Perancang / Menjarakkan kehamilan, si pengamal hendak lah tetap terus terusan mengamalkan MAB mengikut kaedah 21-6-21. Sekiranya si pengamal berhenti amalkan MAB bermakna mereka telah bersedia untuk hamil semula.

 


Soalan 7: Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Jawapan 7: Tidak perlu. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis 21 biji (sebotol), teruskan mengambil nya sehingga habis. Ini kerana MAB sedang mendetox sisa sisa haid yang tersimpan di dalam Rahim.

 


Soalan 8: Kenapa lepas makan MAB saya berselera dan naik berat badan?

Jawapan 8: Jangan risau…itu hanya kesan awal penggunaan juga dipanggil (healing crisis). Banyakkan minum air masak. InsyaAllah apabila MAB sudah serasi dengan badan anda akan mendapat berat badan ideal.

 


Soalan 9: Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Jawapan 9: Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.

Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.

Tapi MAB bukan ubat kurus ya!!! Jika anda mengambil MAB untuk kurus semata-mata, anda SILAP. MAB untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika dapat menurunkan berat badan dengan MAB, itu adalah Bonus.

 


Soalan 10: Saya dah makan MAB ni 3 botol…Ikut aturan yang ditetapkan. Tapi baby yang menyusu badan dari saya naik ruam-ruam. Adakah kesan dari MAB?

Jawapan 10: MAB tiada masalah untuk dimakan bagi yang sedang menyusukan bayi. Bayi terkena ruam bukan disebabkan amalan pemakanan MAB. Ada banyak faktornya…Kemungkinan juga faktor cuaca…Banyakkan minum air masak ya!!!

 


Soalan 11: Masa rehat 6 hari tu kalau bersama selamat ke? (untuk kes family planning)?

Jawapan 11: Sekiranya makan mengikut aturan makan dan disiplin 21-6-21, tidak miss makan walau sehari dan waktu yang sama setiap hari, InsyaAllah selamat. Namun bagi yang tidak Period ketika rehat ini, kita galakkan agar berhati hati dan rancang sendiri, melainkan anda pasti bahawa tempoh rehat itu adalah waktu tidak subur anda.

 


Soalan 12 : Bagaimana untuk ketahui waktu subur seseorang?

Jawapan 12: Boleh rujuk kepada carta kesuburan di bawah

carta-menstruasi-maajun-anggun-bistari


Soalan 13: Kenapa makan 21 hari dan rehat 6 hari?

Jawapan 13: Bagi kes yang berperiod, Mula makan MAB adalah pada hari ke3/4/5 period. Mengapa makan ketika period adalah untuk benar benar pastikan sesorang itu tidak hamil. Ketika ini adalah waktu tidak subur seseorang itu, dan bila mula makan MAB ketika ini, kitaran period akan jump in pada kitaran yang betul, dan bila rehat pada hari ke 22 selepas mengambil MAB selama 21 hari, maka seseorang itu akan rehat pada waktu tidak subur dan waktu ini juga adalah waktu laluan untuk period.

Bagi kes yang period tidak menentu, adalah sukar untuk menentukan waktu subur mereka..jadi kitaran 21 hari ini adalah kitaran yang normal bagi seseorang wanita..selepas beberapa lama mengamalkan MAB, InsyaAllah mereka yang period tidak menentu ini akan mendapat period yang teratur setiap bulan.

 


Soalan 14:Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Jawapan 14: Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

 


Soalan 15: Jika seseorang itu merancang sendiri dan mahu mula makan MAB untuk family planning, bilakah waktu dia harus mula makan MAB? Sekiranya dia baru lepas seminggu period perlukan dia menunggu period yang akan datang?

Jawapan 15: Ya, dia perlu menunggu sehingga period akan datang. Bagi yang merancang sendiri mula makan pada hari 3 @ 4 @ 5 period.

 


Soalan 16: Bagaimanakah cara makan bagi orang tua yang sudah menopause?

Jawapan 16: Makan satu hari satu biji atau selang sehari. Mulakan dengan selang sehari, jika OK bolehlah makan setiap hari. Banyakkan minum air masak

 


Soalan 17: Bagaimanakah aturan makan bagi yang sedang ikhtiar untuk hamil?

Jawapan 17: Aturan makan sama. Sehari satu biji, makan pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. rehat 6 hari, sambung semula 21 hari  (21-6-21), cuma untuk ikhtiar hamil, makan sekurang-kurangnya 6 botol, kemudian berhenti dan cuba untuk hamil. Sekiranya dalam tempoh sebelum 6 botol itu, anda telah hamil, segera hentikan pengambilan MAB..Tahniah atas kehamilan anda…

 


Soalan 18: Boleh ke makan MAB semasa dalam pantang?

Jawapan 18: Tidak boleh. Ini kerana MAB tidak berfungsi untuk mengecutkan Rahim sepenuhnya, dalam masa berpantang sebaiknya amalkan jamu khusus bagi lepas bersalin, Sebaik mahu mula makan MAB pada hari 44 pantang, hendaklah dihentikan pengambilan jamu lain.

 


Soalan 19: Boleh kah pesakit darah tinggi dan pelbagai penyakit lain mengamalkan MAB?

Jawapan 19: Boleh. Hanya lelaki, wanita hamil dan wanita bawah 18 tahun sahaja tidak boleh makan MAB. Pesakit yang mengalami komplikasi Jantung yang kronik, Hiper Tiriod dan buah pinggang juga tidak digalakkan mengamalkan MAB.

 


Soalan 20: Berapakah harga sebotol MAB?

Jawapan 20: 1-9 botol RM 21 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 22 bagi Sabah& Sarawak. 10 botol ke atas RM 20 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 21 bagi Sabah& Sarawak.

 


Soalan 21: Bagaimana untuk dapatkan stok MAB?

Jawapan 21: Boleh rujuk pada stokis/dealer/ejen berdaftar. Rujuk di laman www.maajun-anggun-bistari.com

 


Soalan 22: MAB ada di jual di kedai Jamu tak?

Jawapan 22: Jarang ada di jual. Kerana MAB perlukan konsultasi yang tepat dari Stokis/Dealer/Ajen berdaftar. Sekiranya ada dijumpai di took jamu, sila pastikan ianya adalah yang asli dengan melihat label ZAI PERMAI RESOURCES di bawah botol MAB.

 


Soalan 23: Kalau kebiasaannya seseorang itu sebelum makan MAB period nya memang dah sedia teratur. Tapi selepas mengamalkan MAB, dua minggu selepas mula makan MAB dia period. Adakah itu dikira period dan dia tidak wajib solat atau itu dikira period dan tidak wajib solat?

Jawapan 23: Secara konsepnya, bagi wanita yg kenal dan dapat bezakan jenis darah, perlu mengikut kepada jenis darah tersebut. Samada darah haid atau darah bukan haid. Tanpa mengikut kepada bilangan hari.

Contoh: Biasa period 7 hari…tetiba bulan tu lebih dari 7 hari… dia mengetahui yg lebih tu bukan darah haid…maka period kira sampai 7 hari sahaja yang lain dikira sebagai istihadah..

Bagi wanita yang tak dapat bezakan atau tak kenal jenis darah, barulah mengikut kpd bilangan hari.

  • Maksimum period 15 hari
  • Minimum waktu suci 15 hari..

Kiranya hari ke 16-30 tu istihadah. Jika darah berlanjutan sehingga ke hari 31, tu dah dikira period baru kerana telah melepasi tempoh suci 15 hari.