Posted on

STEROID

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Makan sahaja steroid macam-macam masalah selesai. Antara penyakit yang boleh diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi. Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan. 

Contoh2 ubat steroid ialah prednisolone, hydrocortisone, dexamethasone dan betamethasone. Steroid boleh didapati dalam bentuk tablet/pil, cecair sirap, krim atau salap (ointment) dan juga suntikan.
Di antara kesan2 sampingan steroid:
  • meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
  • ulser perut dan gastrik
  • jerawat
  • melambatkan proses penyembuhan luka
  • kulit menjadi nipis & mudah lebam
  • osteoporosis atau tulang menjadi reput
  • pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, bonggolan pada belakang badan
  • pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
  • meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
  • meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
  • meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
  • meningkatkan selera makan
  • meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
  • gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia (susah tidur)

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?

Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?

Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?

Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?

Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?

Prednisolone – hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

Dexamethazone – paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0124&sec=Kesihatan&pg=kn_07.htm#ixzz4iRShH0zZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *